PERATURAN SURAU

PERATURAN AM

1. Pengurusan surau ini adalah dikelolakan oleh satu Jawatankuasa yang dilantik oleh           pihak sekolah dengan bidang tugas yang telah ditetapkan

2. Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat,                             melaksanakan amali pendidikan Islam, sambutan hari-hari kebesaran Islam dan aktiviti-     aktiviti pendidikan serta kemasyarakatan

3. Semua jemaah dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan surau serta                         memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan

4. Surau juga boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

5. Semua barang serta peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat dan tidak boleh       dibawa keluar kecuali dengan kebenaran

6. Dilarang membawa masuk ke dalam surau perkara-perkara berikut :-
 Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya
 Bahan-bahan dan gambar lucah, majalah hiburan dan apa-apa penerbitan yang                   berunsur politik serta risalah-risalah ajaran sesat
 Makanan dan minuman
 Menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah dengan mendapat keizinan             daripada pengerusi atau jawatankuasa surau

7. Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat tidur, melepak, menyalin atau               menukar pakaian dan seumpamanya

8. Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta memastikan     suis-suis lampu, kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan

9. Semua peralatan surau hendaklah disimpan semula dengan kemas selepas digunakan

 

PERATURAN KHAS TATASUSILA DI SURAU

1. Memakai pakaian yang suci, bersih, kemas dan menutup aurat / bersopan ketika di           surau

2. Berwudhuk terlebih dahulu sebelum masuk ke surau

3. Masuk dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri serta berdoa

4. Mengambil tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih dahulu

5. Duduk dengan keadaan tertib, bersopan serta menghadap kiblat

6. Memperbanyakkan zikrullah ketika berada di surau

7. Tidak membuat bising ketika berada di dalam surau

8. Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan sempurna

9. Merapatkan saf ketika mendirikan solat

10. Menghidupkan budaya memberi salam dan berjabat tangan dengan jemaah yang lain

11. Dilarang melintas dihadapan orang yang sedang solat

12. Digalakkan membaca doa sebelum keluar dan bersalaman sebelum meninggalkan             surau

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s